
Sunday, September 26, 2010
love u 83!!

Saturday, September 25, 2010
si penyair dan sang awan
Suatu hari..
Si PENYAIR berjalan-jalan mencari ilham..
Dalam perjalanannya..
Dia tertarik melihat sang AWAN berarak..
Disapa olehnya salah satu dari awan yang kelihatan sendiri..
Lalu bertanya...
PENYAIR : Wahai sang AWAN, kenapa kau keseorangan? Dimana teman-teman baik mu?
AWAN : Di sinilah, teman baik ku senantiasa ada bersamaku.. Dia tidak pernah meninggalkan aku sendiri..Tanpa teman untuk berbicara..Dia senantiasa ada di kala aku sedih dan juga gembira..
Si PENYAIR berasa hairan kerana tiada awan lain di sekeliling awan tersebut..
Untuk mendapatkan kepastian..
Si PENYAIR bertanya lagi kepada sang AWAN..
PENYAIR :Wahai sang AWAN yang baik hati..Izinkan aku bertanya satu soalan lagi jika tidak keberatan..Yang mana satukah teman baikmu..Kerana aku tiada melihat mana-mana awan pun berada di sekeliling kamu..
AWAN : Ada..teman baik ku ada di sini..LANGIT lah teman baikku..Dia senantiasa ada bersamaku..Tidak seperti awan yang lain..Pantang di tiup angin..Walau ia hanya selembut BAYU yang berhembus..Awan yang lain akan terus berlalu pergi meninggalkan aku..Jauh..dan semakin jauh tanpa khabar berita..Mereka hanya akan kembali padaku jika perlukan bantuan aku untuk menurunkan hujan...Inikah yang dinamakan teman baik wahai si PENYAIR yang bijaksana?Tentunya tidak bukan?
Terseyum sang AWAN setelah selesai mengungkapkan apa yang terbuku di dalam hatinya..
Si PENYAIR terdiam sejenak..
Kemudian meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..
Ketika mengatur langkah demi langkah..
Si PENYAIR tidak habis-habis berfikir tentang apa yang diperkatakan oleh sang AWAN sebentar tadi..
Ada betulnya juga kata-kata sang AWAN itu..
Teman baik kita bukan semestinya yang sama rupa dengan kita..
Sama bijak dengan kita..
Tidak juga mesti yang sempurna..
Teman baik kita hendaklah mereka yang senantiasa ada dengan kita..
Ikhlas ketika bersama kita..
Jujur dengan setiap baris katanya..
Dia juga hendaklah senantiasa ada ketika kita susah mahpun senang..
Itulah yang dinamakan teman..
Teman baik..
Teman berkongsi segala suka duka..
Setiap derai tawa mahupun titisan air mata..
Mudah-mudahan kita dikurniakan oleh Allah SWT..
Teman seperti itu..
Agar hari-hari bahagia selalu..
Agar setiap langkah diambil dengan yakin dan bangga..
kenali si tinta
